awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

107 rumah rosak akibat ribut di Perlis

Bernama
Bernama
23/06/2024
14:36 MYT
107 rumah rosak akibat ribut di Perlis
Kebanyakan rumah tersebut rosak pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut itu. - Facebook / APM Kuala Perlis
KANGAR: Jumlah rumah rosak akibat dua kejadian ribut yang melanda Perlis pada hari ini dan Jumaat lepas meningkat kepada 107 rumah menurut rekod Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) setakat 8.18 malam ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata berdasarkan angka yang dikemas kini pihaknya dari semasa ke semasa sebanyak 96 rumah rosak akibat ribut pada hari ini, manakala 11 rumah lagi rosak dalam kejadian Jumaat lepas.
Beliau berkata kebanyakan rumah tersebut rosak pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut itu.
Menurutnya antara kawasan terjejas akibat ribut hari ini ialah kariah Behor Mentaloon, Bunga Emas, Chemumar, Guar Syed Alwi, Mata Air, Orang, Kurung Batang, Sungai Baru, Kampung Belukar, Seberang Tok Pi dan Simpang Salang
"MAIPs akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan negeri termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis untuk turun ke lapangan bagi mengenal pasti keperluan dan agihan bantuan agar ia dapat disalurkan secepat mungkin, insya-Allah," katanya kepada Bernama malam ini.
Difahamkan kejadian ribut pada hari ini berlaku kira-kira 2 pagi tadi, manakala Jumaat lepas berlaku kira-kira 7 pagi.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perlis
#ruah rosak
#ribut
#MAIPs
#mohd nazim mohd noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan