Apabila persidangan Parlimen berakhir bulan depan, 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di Sarawak dijangka dimuktamadkan, dan parti politik di Bumi Kenyalang ini boleh mulai membulatkan muafakat, berkira-kira dengan perancangan siapa bertanding di mana.
Daripada 11 kerusi DUN itu, tiga adalah kawasan majoriti kaum Melayu/Melanau (Gedong, Kabong dan Telian), tiga majoriti kaum Iban (Stakan, Selirik dan Samalaju), dua majoriti Orang Ulu (Murum dan Long Lama) dua majoriti kaum Bidayuh (Serembu dan Triboh), dan satu majoriti kaum Cina (Batu Kitang).
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem awal-awal lagi mengumumkan lima daripada kawasan baharu itu akan ditandingi parti yang diterajuinya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dan pastinya ini termasuk tiga kawasan majoriti Melayu/Melanau, kaum yang memberikan sokongan mutlak kepada PBB dan Barisan Nasional (BN) dalam semua pilihan raya negeri sebelum ini.
Batu Kitang pula menyajikan rumusan menarik untuk melihat sejauh mana 'faktor ketokohan Adenan' dapat menarik sokongan kaum Cina. Yang menjadi masalah bagi BN ialah komponennya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), yang didominasi kaum Cina yang disandar harapan merebut kawasan ini, kini berpecah sehingga melahirkan parti serpihan, Parti Rakyat Bersatu (UPP).
Memandangkan Batu Kitang adalah kawasan pecahan daripada DUN Kota Sentosa dan DUN Batu Kawah yang kedua-duanya diwakili DAP, ia dijangka menjadi gelanggang pertandingan buat DAP.
Mungkin tidak.
Ini kerana satu lagi sekutu pembangkang, PKR awal-awal lagi sudah membuat gerak kerja di lapangan Batu Kitang, malah sudah mengemukakan beberapa nama yang kemungkinan menjadi calon mereka di kawasan itu nanti.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian ketika dihubungi berkata gabungan parti pembangkang, Gerakan Harapan Baru akan berbincang untuk mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi apabila tiba masa nanti.
Katanya ketika ini terlalu awal untuk dibuat rumusan kerusi mana yang akan ditandingi PKR, namun pastinya ia mahukan kawasan yang memang secara tradisinya pernah ditandinginya, selepas kerja-kerja lapangan jenuh diusahakan selama ini untuk mengukuhkan sokongan.
Dalam pilihan raya negeri lepas, PKR bertanding merebut 49 kerusi DUN tetapi hanya memenangi tiga daripadanya, iaitu BaKelalan, Batu Lintang dan Krian. Sebelum itu ia hanya memiliki satu kerusi DUN.
Di Dewan Undangan Negeri ketika ini PBB memiliki 35 kerusi; SUPP enam; Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) enam; dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) lapan. Pembangkang pula, DAP mempunyai 12 kerusi dan PKR, tiga. Terdapat satu Bebas.
Di khalayak pemimpin BN negeri, Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing, sudah menyuarakan harapan untuk mendapatkan kerusi Bukit Goram (Selirik) dan Murum daripada 11 kerusi baharu itu.
Naib Presiden Kanan SPDP Datuk Paul Igai pula ketika dihubungi berkata parti itu sedang mengintai dua kawasan majoriti kaum Iban, namun pantas berkata ia masih terserah kepada pucuk pimpinan tertinggi BN Negeri.
Jika kata sepakat dicapai di sini, ia bermakna PRS sudah hampir pasti boleh mendapatkan Bukit Goram (Selirik), manakala dua lagi kawasan majoriti Iban, Stakan dan Samalaju, boleh 'ditempah' oleh SPDP.
Kini tinggal kawasan majoriti Orang Ulu, Long Lama (Mulu) dan majoriti kaum Bidayuh di Serembu dan Triboh.
Selepas PBB diramal menempah tiga kawasan DUN majoriti Melayu/Melanau di Gedong, Kabong dan Telian, ia kini mengintai dua lagi kerusi DUN, dengan Triboh dan Serembu boleh dikatakan pertaruhan terbaiknya.
Triboh pasti ditempah PBB kerana ia dibentuk dari sebahagian dua kawasan sedia ada, Tebedu dan Kedup, yang masing-masing diwakili ahli PBB.
Serembu pula diwujudkan dari sebahagian DUN Bengoh, yang diwakili anggota SUPP dan DUN Tarat, yang diwakili ahli PBB.
Kerusi DUN baharu ke-11, Long Lama (Mulu), direka dari DUN Marudi, yang diwakili ahli SPDP (yang kini bersama parti baru Teras) dan DUN Telang Usan, yang diwakili ahli PBB.
Dengan PBB diramal menuntut lima daripada 11 kerusi baharu itu, Long Lama (Mulu) kini boleh saja dituntut SPDP atau PRS.
Dari segi perkiraan angka, pembangkang kelihatan agak kecil untuk memberi cabaran besar kepada kepimpinan kerajaan negeri. Namun umum tahu sokongan parti di sesebuah kawasan itu boleh beralih disebabkan beberapa faktor seperti undi protes, pemilihan calon tidak 'mesra pengundi', ataupun faktor perbalahan, perebutan, mahupun pertikaian dalaman.
Persempadanan ini boleh dianggap memberi kelebihan kepada BN kerana hampir kesemua kerusi baharu membabitkan kawasan luar bandar yang BN terbukti mendapat banyak sokongan.
Sebelum diwujudkan kerusi baharu ini, tempat-tempat berkenaan membabitkan kawasan DUN luar bandar yang sangat luas, membawa kepada hasrat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melakukan persempadanan semula.
Sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan meluluskan proses persempadanan semula pertengahan bulan lepas, Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling mendakwa BN negeri memerlukan tambahan 11 kerusi untuk menangani masalah perpecahan dalam dua parti komponennya.
Semua kesimpulan ini bagaimanapun dibuat tanpa mengambil kira kawasan mana yang akan 'dipohon' untuk ditandingi dua parti serpihan yang mengisytihar diri 'mesra BN' yakni UPP dan Teras.
Kini keterujaan ramai terarah untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan Adenan melayan permohonan mereka, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.
Bernama
Tue Nov 10 2015
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian (kanan) berkata gabungan parti pembangkang, Gerakan Harapan Baru akan berbincang untuk mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi apabila tiba masa nanti. - Gambar Fail Bernama
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.