awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 individu hadiri pesta liar homestay di Masai ditahan

Bernama
Bernama
14/04/2020
16:03 MYT
11 individu hadiri pesta liar homestay di Masai ditahan
Polis menahan seramai 11 warga tempatan berusia antara 15 hingga 23 tahun kerana dipercayai terlibat dalam pesta liar semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu serbuan di sebuah homestay di kawasan Masai hari ini. - BERNAMA
Polis menahan 11 warga tempatan termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana terlibat dalam pesta liar semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah homestay di kawasan Masai di sini, awal hari ini.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lapan lelaki dan tiga wanita berusia antara 15 hingga 23 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada 12.45 tengah malam.
Beliau berkata pihaknya turut merampas sejumlah dadah jenis ketamine seberat 2.08 gram dan empat biji pil ecstasy.
Menurutnya, hasil semakan rekod lampau mendapati dua lelaki dan seorang perempuan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.
"Hasil siasatan awal turut mendapati kesemua suspek bukanlah penghuni di premis berkenaan, selain gagal memberi alasan munasabah untuk berkumpul," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing juga mendapati tujuh lelaki dan tiga wanita positif dadah jenis ketamine dan methamphetamine.
Ayob Khan berkata kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#homestay
#ingkar PKP
#masai
#perintah kawalan pergerakan
#pesta liar
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan