awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2023
23:00 MYT
11 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi Isnin, Banting di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 157. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di beberapa kawasan di semenanjung kembali buruk.
Setakat jam 6 pagi, 11 kawasan yang tertumpu di kawasan Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.
Setakat jam 6 pagi Isnin, Banting di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 157.
Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah di Cheras (156) Shah Alam dan Bukit Rambai, Melaka dan Nilai, Negeri Sembilan masing masing bacaan (153).
Begitu juga di Putrajaya, Petaling Jaya dan Batu Muda, Kuala Lumpur turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu pada paras 102.
Lain-lain kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Johan Setia, Klang di Selangor dan Batu Pahat, Johor.
Sementara itu 53 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala 4 stesen sahaja mencatatkan bacaan IPU yang baik.
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.
Topic Berkaitan
#jerebu
#IPU
#APIMS
#paras tidak sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan