awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 lelaki ditahan bantu siasatan rusuhan bersenjata di Waterfront Miri

Bernama
Bernama
03/11/2025
13:10 MYT
11 lelaki ditahan bantu siasatan rusuhan bersenjata di Waterfront Miri
Polis menahan 11 lelaki berumur antara 16 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan kes rusuhan bersenjata di kawasan Waterfront Miri awal pagi semalam. - Foto hiasan/BERNAMA
MIRI: Polis menahan 11 lelaki berumur antara 16 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan kes rusuhan bersenjata di kawasan Waterfront Miri awal pagi semalam.
Tangkapan dibuat susulan video berdurasi seminit yang tular menerusi media sosial memaparkan kejadian merusuh yang dikatakan berlaku selepas dua lelaki bergesel bahu.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 2.05 pagi dan menyebabkan seorang lelaki cedera.
"Mangsa dirawat di Hospital Umum Miri dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pelbagai jenis senjata turut dirampas untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 324/148 Kanun Keseksaan.
Mohd Farhan turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan isu sensitif berkaitan kejadian itu menerusi media sosial.
Mereka yang mempunyai maklumat lanjut, katanya boleh menghubungi talian 085-433730 atau Insp Zulaihka Mohd Anuar 010-7975445 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan bersenjata
#polis tahan
#Waterfront Miri
#tular di media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan