awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

115 sukarelawan sudah terima suntikan vaksin ujian klinikal fasa tiga - Dr Adham

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
31/01/2021
10:39 MYT
115 sukarelawan sudah terima suntikan vaksin ujian klinikal fasa tiga - Dr Adham
Kesemua sukarelawan itu akan dipantau pihak hospital yang terbabit selain perlu menjalani beberapa ujian lain untuk mengetahui kesan suntikan vaksin itu. - Gambar fail/ Reuters
MERSING:Seramai 115 sukarelawan telah menerima suntikan vaksin bagi ujian klinikal fasa tiga COVID-19 di sembilan hospital di lima negeri di seluruh Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Katanya, mereka adalah kumpulan terawal yang menerima suntikan vaksin tersebut di negara ini.
"Mereka adalah antara 3,000 sukarelawan yang dipilih daripada kalangan individu berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.
"Ia (ujian) memerlukan tiga belas bulan untuk dilaksanakan... selepas itu perlukan pemantauan berterusan untuk melihat kesan-kesan... (seperti) keselamatan, keberkesanan dan kualiti vaksin yang dibangunkan," katanya di sini, pada Ahad.
Tambah Dr Adham, kesemua sukarelawan itu akan dipantau pihak hospital yang terbabit selain perlu menjalani beberapa ujian lain untuk mengetahui kesan suntikan vaksin itu.
BACA: Kajian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 di Malaysia bermula
BACA: Lapan hospital jalankan ujian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham
BACA: Berita Vaksin COVID-19
Katanya, ujian klinikal fasa tiga itu adalah program kerjasama antara Malaysia dan China menerusi Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).
Sukarelawan akan menerima suntikan di sembilan hospital Kementerian Kesihatan (KKM) yang dijadikan tapak kajian di bawah seliaan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM.
Sembilan hospital itu adalah Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Umum Sarawak, Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Taiping dan Hospital Sultan Abdul Halim.
Topic Berkaitan
#ujian
#ujian klinikal fasa tiga
#vaksin
#COVID-19
#Dr Adham Baba
#China
#sukarelawan
#Malaysia
#Hospital
#Kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan