IPOH : Seramai 1,159 Orang Asli dalam daerah Batang Padang telah dijangkiti COVID-19 dengan 12 kematian dilaporkan sehingga kini.
Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, punca jangkitan bermula dari Orang Asli yang bekerja di kilang dan tempat kerja dengan kejadian kluster COVID-19 dan seterusnya merebak ke komuniti masing-masing.
Menurutnya, tindakan kawalan jangkitan dijalankan melalui pengasingan dan rawatan di Pusat Kuarantin Risiko Rendah COVID-19 (PKRC) Sungkai khas bagi pesakit COVID-19 di kalangan Orang Asli dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi 24 buah kampung terlibat.
“Selaras dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), sehingga 13 Ogos, vaksinasi dos pertama telah diberi kepada seramai 10,221 orang atau 45.5 peratus dari Orang Asli kampung pinggiran di seluruh Perak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, sasaran 80 peratus warga dewasa Orang Asli pinggiran negeri Perak menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dijangka akan dicapai pada akhir Ogos 2021.
Pada Khamis, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, seramai 784 penduduk Orang Asli di Mukim Bidor yang berada di bawah PKPD didapati positif COVID-19 manakala lapan orang telah meninggal dunia akibat jangkitan wabak itu.
Menurutnya, data itu berdasarkan saringan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Batang Padang ke atas 5,165 penduduk di Kampung Senta, Kampung Chang dan Kampung Sanding sepanjang tempoh PKPD yang mula berkuat kuasa pada Rabu.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Aug 13 2021
Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, punca jangkitan bermula dari Orang Asli yang bekerja di kilang dan tempat kerja dengan kejadian kluster COVID-19, seterusnya merebak ke komuniti masing-masing. - Gambar fail
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.
DOSM Terengganu dekati komuniti Orang Asli, elak tercicir daftar PADU
Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu giat menjalankan program pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) melibatkan komuniti Orang Asli.
Sistem PADU bantu Orang Asli elak tercicir inisiatif kerajaan
Along, dari suku kaum Temiar yang tinggal di Pos Belatim, berkata dia sanggup menunggang motosikal untuk hadir di kaunter PADU.
Banjir: JAKOA akan pastikan masalah Orang Asli diselesaikan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memastikan setiap masalah yang dihadapi mangsa banjir melibatkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara, akan diselesaikan segera.
JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup
Sehingga kini terdapat tiga Kampung Orang Asli di Mersing dan enam di Kluang yang terjejas hubungan susulan banjir.