awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 cedera selepas jeti Pulau Tikus Langkawi runtuh

Bernama
Bernama
29/10/2018
22:00 MYT
12 cedera selepas jeti Pulau Tikus Langkawi runtuh
Lokasi kejadian jeti yang runtuh. - Foto Sinar Harian
Seorang pelajar universiti cedera parah di bahagian pinggang, sementara 11 orang lagi mengalami kecederaan ringan selepas sebuah jeti dilalui mereka di Pulau Tikus dekat sini runtuh pada Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang menerima laporan itu pukul 1.53 tengah hari memaklumkan, kumpulan mangsa terbabit berjalan di atas jeti yang tiba-tiba runtuh itu di pulau yang terletak kira-kira lima batu nautika (9km) dari Jeti Kampung Kilim, di sini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Langkawi, Zamzuri Hasan yang mengetuai lapan petugas ke tempat kejadian berkata, pelajar-pelajar yang cedera itu telah dibawa ke Jeti Kampung Kilim sebelum dirujuk ke Hospital Daerah Langkawi untuk rawatan lanjut.
Maklumat awal yang diperoleh menyatakan kesemua mangsa adalah sebahagian daripada sekumpulan 40 orang pensyarah dan pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang pergi melawat pulau itu yang merupakan sebahagian daripada tarikan pelancongan di Kilim Karst Geoforest Park di sini.
Beberapa buah bot pelancong turut digunakan untuk membawa balik baki jumlah pelajar itu ke Jeti Kilim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot pelancong
#jeti
#Kampung Kilim
#Kilim Karst Geoforest Park
#Langkawi
#pelajar universiti
#pelancong
#pensyarah
#Pulau Tikus
#runtuh
#Universiti Malaysia Kelantan
#Zamzuri Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan