KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 12 lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini. 

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut: 

1) KLUSTER INDUSTRI KAMPUNG BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. 

Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar tiga buah kilang yang terletak di Kampung Baru, Sungai Buloh.

Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 450 individu telah disaring, di mana 167 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2) KLUSTER JALAN BANTING-KLANG 

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor.

Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Banting-Klang, Telok Panglima Garang Industrial Estate, Kuala Langat. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 287 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.

3) KLUSTER GUDANG SALAK TINGGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. 

Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat perkhidmatan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 455 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4) KLUSTER JALAN KUALA SELANGOR 

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-235115) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini sebuah sekolah di Kampung Tanjong Karang, Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan, Kuala Selangor.

Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5) KLUSTER LINGKARAN CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling di Selangor.

Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya yang terletak di Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, Sepang.

Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

BACA: COVID-19: 3,847 kes baharu, 12 kematian - Dr Noor Hisham

6) KLUSTER JALAN CHESTER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-220570) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kedai emas yang terletak di Jalan Chester, Tawau.

Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7) KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI BESI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Sungai Besi.

Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8) KLUSTER JALAN TUN MUTALIB

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193314) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tun Mutalib, Bandar Tenggara, Kota Tinggi.

Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana enam kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9) KLUSTER JALAN ISTIMEWA TUJUH 

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221799) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Istimewa, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru.

Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10) KLUSTER JALAN BAYU SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.

Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Bayu Satu, Bandar Seri Alam, Masai.

Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11) KLUSTER GONG NERING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut di Terengganu.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231456) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja syarikat perkhidmatan yang terletak di Kampung Gong Nering, Besut.

Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12) KLUSTER JALAN KUBUR DARAU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Besut di Terengganu.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-198177) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan sosial kes indeks di Jalan Kubur Darau dan Kampung Raja, Besut.

Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.