awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 lelaki ditahan disyaki terlibat bakar mercun, halang lalu lintas

Bernama
Bernama
02/02/2024
23:45 MYT
12 lelaki ditahan disyaki terlibat bakar mercun, halang lalu lintas
Polis menahan 12 lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian membakar mercun di atas jalan raya sambil menghalang lalu lintas di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
KUALA LUMPUR: Polis menahan 12 lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian membakar mercun di atas jalan raya sambil menghalang lalu lintas di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek yang berusia antara 22 hingga 68 tahun itu ditahan di Kampung Sungai Kayu Ara pada malam semalam.
Beliau berkata, kesemua lelaki itu ditahan setelah polis mengesan video berdurasi 22 saat yang memaparkan kejadian itu.
Video berkenaan turut memaparkan beberapa konvoi motosikal mengiringi sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire putih yang menggantung lambang berunsur 'gangsterisme.'
"Hasil siasatan awal mendapati, hantaran tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Media Hutan di Facebook pada 2 petang semalam. Kejadian dipercayai berlaku di Kayu Ara, Petaling Jaya pada tarikh dan masa yang belum dipastikan lagi," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih dan kes disiasat di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakar mercun
#halang lalu lintas
#12 lelaki ditahan
#Kampung Sungai Kayu Ara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan