JOHOR BAHRU: Sejumlah 12 pegawai kanan agensi penguatkuasa ditahan dalam serbuan Op Pelican 3.0 fasa dua di empat negeri pada 21 April hingga hari ini.
Tangkapan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' itu membabitkan 10 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia termasuk pegawai berpangkat Superintenden di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Penolong Pesuruhjaya SPRM di Putrajaya.
Katanya 12 suspek yang ditahan berumur 36 hingga 49 tahun.
Ia melibatkan pegawai kanan di empat kontinjen iaitu Bukit Aman, Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur.
“Di Bukit Aman, kita tangkap seorang Superintenden di JSJ Bukit Aman, seorang berpangkat inspektor di JIPS Bukit Aman. Di kontinjen Selangor, satu berpangkat DSP bertugas di JSJN IPK Selangor, satu berpangkat ASP bertugas di Cawangan Khas IPK Selangor, dua Inspektor di JSJ IPK Selangor dan IPS Ampang Jaya.
“Di kontinjen Melaka, satu DSP di JSJ IPD Melaka Tengah. Di Kuala Lumpur, dua ASP di JSJK dan JSJ IPD Sentul.
“Kontijen Negeri Sembilan, satu inspektor di Pulapol Air Hitam dan dua SPRM iaitu satu penolong pesuruhjaya di Putrajaya dan penguasa SPRM di Putrajaya,” kata Ayob Khan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Dalam masa sama, Ayob Khan tidak menolak penangkapan ini akan membawa kepada penemuan ketua Geng Nicky iaitu Nicky Liow.
Kesemua suspek direman 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dari tarikh tangkapan.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 130b Kanun Keseksaan hingga Seksyen 130zb Kanun Keseksaan Bab VI b Jenayah Terancang dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 Sosma.
Pada fasa pertama OP Pelican 3.0, seramai 52 orang ditahan bersengkongkol dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.
Penangkapan 12 pegawai kanan agensi penguat kuasa ini menjadikan keseluruhan 64 individu ditahan setakat ini.
Astro Awani
Tue Apr 27 2021

AYOB: Tangkapan itu termasuk pegawai berpangkat Superintenden di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Penolong Pesuruhjaya SPRM di Putrajaya. - Gambar fail

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

EU bukan Islamofobia - Duta
Tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar al-Quran baru-baru ini amat menyedihkan, tegas Michalis Rokas.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

14 individu 'Geng Nicky' bebas tuduhan jenayah terancang
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan 14 individu termasuk dua adik kepada ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang yang.

Rayuan 14 individu 'Geng Nicky' supaya dibebaskan didengar 7 Julai
Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pembantu peribadi Nicky Liow didakwa ubah wang haram, kemuka cukai pendapatan tidak tepat
Seorang wanita yang sebelum ini didakwa terbabit dalam "Geng Nicky", sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Dua pegawai SPRM dipercayai ada kaitan dengan Geng Nicky dibebaskan
Mereka dibebaskan sementara menunggu hasil siasatan polis berhubung kes tersebut dan mereka boleh didakwa sekiranya pendakwa raya mempunyai bukti yang cukup.

Permohonan habeas corpus dua pegawai SPRM didakwa terlibat Geng Nicky didengar 24 Mei
Kedua-dua pemohon itu diwakili peguam Latheefa Koya manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bertindak bagi pihak semua responden.

Seorang pegawai IPD Melaka Tengah ditahan terlibat 'Geng Nicky'
Polis Melaka akan memberikan kerjasama penuh kepada polis Johor bagi membantu siasatan lanjut.

Geng Nicky: SPRM sahkan dua pegawai ditahan
"Saya tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat." - Azam Baki

12 pegawai kanan agensi penguat kuasa ditahan berkait Geng Nicky
Babitkan 10 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gelaran 'Datuk Seri' Nicky Liow, 'Datuk' Liow Wei Loon ditarik balik serta-merta
Keputusan itu atas titah Yang di Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Interpol keluar notis merah buru Datuk Seri Nicky
Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap ahli perniagaan itu.