awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

120 orang cari peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak Sabtu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/03/2019
07:33 MYT
120 orang cari peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak Sabtu
Sebahagian daripada pasukan mencari dan menyelamat yang ditugaskan untuk mencari Mohammad Ashraf. - JBPM
Seramai 120 orang digerakkan untuk mencari seorang peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak Sabtu lalu.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka dibahagikan kepada empat kumpulan dengan 30 orang setiap kumpulan.
Katanya, unit anjing pengesan, K9, turut digerakkan untuk mencari Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang ketika mengambil bahagian di dalam Gopeng Ultra Trail sejauh 25 kilometer yang bermula dan berakhir di Gua Tempurung.
Selain itu, beberapa agensi lain turut terlibat, antaranya, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Gerakan Am di samping urusetia pertandingan serta penduduk kampung.
Berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer pagi Sabtu dan sepatutnya berakhir pada hari yang sama.
Kehilangan mangsa disedari kawannya, Mohd Farid Md Kamal, 32, apabila mendapati Mohammad Ashraf masih tidak sampai selepas selesai perlumbaan.
Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata selepas panggilan telefon tidak dijawab, Mohd Farid memaklumkan perkara itu kepada penganjur dan tindakan mencari telah dijalankan di kawasan laluan peserta tetapi tidak ditemui.
Katanya, pengadu datang membuat laporan polis ke Balai Polis Gopeng, 1.09 pagi Ahad selepas rakannya itu masih belum ditemui.
Topic Berkaitan
#bomba
#Gopeng Ultra Trail
#Gua Tempurung
#JBPM
#K9
#Mohammad Ashraf Hassan
#penyelamat
#Perak
#peserta hilang
#unit pengesan anjing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan