123RF perkenal keupayaan “Video Comprehension” dikuasakan Gen AI di AWS

Dengan Gen AI AWS, 123RF dapat memproses imej dengan lebih cepat, menyokong perkhidmatan pelanggan dalam pelbagai bahasa, dan memajukan daya saing syarikat Malaysia di peringkat global melalui inovasi AI. - Gambar/ 123RF
LAS VEGAS: Platform media stok global, 123RF, yang berpangkalan di Malaysia, melancarkan keupayaan baharu berasaskan kecerdasan buatan generatif (Gen AI) bagi memahami kandungan video, sekali gus mentransformasikan cara pengguna mencari dan melesenkan aset visual.
Ringkasan AI
- 123RF, platform media stok global berasal dari Malaysia, memperkenalkan keupayaan baharu Gen AI untuk memahami kandungan video, membolehkan pengguna mencari aset visual dengan lebih efisien.
- Melalui teknologi Amazon Nova, 123RF mampu menganalisis kandungan sebenar video, meningkatkan ketepatan deskripsi serta kerelevanan carian, memberi manfaat kepada pelanggan e-dagang.
- Dengan Gen AI AWS, 123RF dapat memproses imej dengan lebih cepat, menyokong perkhidmatan pelanggan dalam pelbagai bahasa, dan memajukan daya saing syarikat Malaysia di peringkat global melalui inovasi AI.
Ujian awal terhadap lima juta video menunjukkan ketepatan dua kali ganda dalam penjanaan deskripsi serta peningkatan jelas dari segi kerelevanan carian.
Keupayaan ini memberi manfaat khusus kepada pelanggan e-dagang yang memerlukan padanan imej atau video dengan produk dalam tempoh yang singkat.
“AWS telah mengubah cara kami beroperasi, menjadikan kami peneraju kreatif berasaskan AI.
“Pasukan pemasaran kami kini melancarkan kempen 35% lebih pantas, dan pengguna global boleh menemui aset visual yang tepat dalam sekelip mata,” kata Ketua Pegawai Pemasaran 123RF, Bernadine Michael.

Melalui teknologi Amazon Nova, 123RF mampu menganalisis kandungan sebenar video, meningkatkan ketepatan deskripsi serta kerelevanan carian, memberi manfaat kepada pelanggan e-dagang. - Gambar/ 123RF
Membangunkan Pasaran Kreatif Global
123RF memproses lebih tiga juta imej setiap bulan, yang sebelum ini memerlukan semakan manual oleh puluhan penyemak kandungan. Selain isu beban kerja, 123RF juga perlu menyediakan sokongan pelbagai bahasa bagi metadata pengguna daripada 15 pasaran, proses yang melibatkan nuansa budaya dan simpulan bahasa, bukan sekadar terjemahan literal.
Dengan penggunaan Gen AI AWS, masa semakan kandungan berkurang sehingga 92%, manakala pengguna dapat mencari aset kreatif yang diingini 90% lebih pantas dengan tahap ketepatan yang jauh lebih tinggi.
“Teknologi AI kami kini mampu ‘melihat’ imej sebagaimana manusia. AI mengenal pasti elemen visual unik, memadankan imej secara automatik merentasi bahasa, dan mengesan isu hak cipta dengan lebih tepat,” jelas Ketua Pegawai Teknologi 123RF, Phoebe Liew.
Bagi menyokong pengembangan global, 123RF turut memanfaatkan beberapa perkhidmatan AWS, termasuk Amazon Bedrock untuk terjemahan profesional menggunakan model Anthropic Claude 3 Haiku, serta Amazon Nova untuk memahami risiko hak cipta sebelum kandungan diterbitkan.
Pengurus Negara AWS Malaysia, Hussein Mohd Ali, berkata usaha 123RF membuktikan bagaimana AI mempercepatkan kerja kreatif dan memacu daya saing syarikat tempatan di peringkat global.
“Kajian Unlocking Ambitions kami menunjukkan 48% syarikat pemula di Malaysia sudah menggunakan AI, dan hampir satu pertiga sedang membina produk yang didorong AI sepenuhnya. Malaysia kini muncul sebagai hab inovasi AI serantau,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


