awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 cedera dalam kemalangan 4 kenderaan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
30/04/2018
04:17 MYT
13 cedera dalam kemalangan 4 kenderaan
Kemalangan jam 8.55 pagi itu melibatkan dua buah kereta jenis MPV SsangYong dan Honda Civic, sebuah lori treler dan sebuah van. - JBPM Pulau Pinang
Tiga belas orang cedera, dua daripadanya parah dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KM148.6 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Bukit Tambun, pagi tadi.
Kemalangan kira-kira jam 8.55 pagi itu melibatkan dua buah kereta jenis MPV SsangYong dan Honda Civic, sebuah lori treler dan sebuah van jenis Toyota Commuter yang membawa 13 penumpang.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Rosmaidi Baharuddin, dua lelaki di dalam van mengalami cedera parah manakala sembilan mangsa lelaki mengalami cedera ringan.
Van Toyota Commuter yang membawa 13 penumpang. - JBPM Pulau Pinang
Van Toyota Commuter yang membawa 13 penumpang. - JBPM Pulau Pinang
Dua mangsa wanita yang turut berada di dalam van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, dua lagi mangsa yang cedera terdiri daripada pemandu dan penumpang kenderaan SsangYong.
Kenderaan MPV SsangYong yang terlibat dalam kemalangan tersebut. - JBPM Pulau Pinang
Kenderaan MPV SsangYong yang terlibat dalam kemalangan tersebut. - JBPM Pulau Pinang
Kata Mohd Rosmaidi, JBPM menerima panggilan kecemasan jam 8.56 pagi dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.
Seramai 28 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Perai dan Bukit Mertajam terlibat dengan operasi itu.
Keadaan Honda Civic yang terbalik. - JBPM Pulau Pinang
Keadaan Honda Civic yang terbalik. - JBPM Pulau Pinang
Menurut Mohd Rosmaidi, operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa mengalami sedikit kesukaran ekoran tiga mangsa tersepit dalam kenderaan.
Bagaimanapun ketiga-tiga mangsa berkenaan berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian.
Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hopsital Seberang Jaya untuk menerima rawatan.
Topic Berkaitan
#Bomba Pulau Pinang
#Bukit Tambun
#Honda Civic
#kemalangan
#Lebuhraya PLUS
#Lebuhraya Utara Selatan
#plus highway
#SsangYong
#Toyota Commuter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan