awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan

Bernama
Bernama
26/05/2024
06:16 MYT
13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan
Beliau berkata turut ditahan empat individu yang berperanan sebagai pengurus berusia 26 tahun hingga 60 tahun. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 13 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di empat pusat hiburan di bangunan pejabat sekitar Jalan Chulan, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua wanita yang berumur 19 hingga 45 tahun itu ditahan pada 1.30 pagi kerana disyaki menyalahgunakan dokumen perjalanan bagi tujuan bekerja.
Beliau berkata turut ditahan empat individu yang berperanan sebagai pengurus berusia 26 tahun hingga 60 tahun.
"Polis juga merampas peralatan muzik iaitu tiga monitor, dua penerima mikrofon, empat mikrofon, sebuah pengadun audio, dua digital audio, tiga speaker dan empat amplifier.
"Empat pengurus premis direman sehari bermula hari ini manakala 13 wanita warga asing direman 14 hari di bawah Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita warga asing
#GRO
#pusat hiburan
#Polis Daerah Dang Wangi
#Noor Dellhan Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan