13 individu direman empat hari kerana berhimpun secara haram di luar Istana Negeri Kelantan

Perintah reman itu dikeluarkan terhadap kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 67 tahun bermula hari ini hingga Sabtu. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Seramai 13 individu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kerana disyaki berhimpun secara haram di luar Istana Negeri, Kubang Kerian di sini semalam.
Ringkasan AI
- 13 individu ditahan reman selama empat hari bagi siasatan berhimpun haram di luar Istana Negeri, Kubang Kerian.
- Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Imran Rais Hamid bagi suspek berusia 26 hingga 67 tahun demi siasatan lanjut.
- Mereka disyaki melanggar Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang, termasuk penemuan senjata tajam.
Difahamkan, mereka dipercayai berkumpul di hadapan istana berkenaan dan pemeriksaan ke atas beberapa suspek turut membawa kepada penemuan senjata tajam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


