awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 loji rawatan air Pahang tidak dapat beroperasi, hampir 54,000 akaun terjejas

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
20/12/2021
02:22 MYT
13 loji rawatan air Pahang tidak dapat beroperasi, hampir 54,000 akaun terjejas
Keadaan banjir kilat akibat tanah runtuh mengakibatkan semua jenis kenderaan tidak dibenarkan melaluinya di kilometer 69.5 Karak-Bentong. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Sebanyak 13 Loji Rawatan Air (LRA) di lima daerah di Pahang tidak dapat beroperasi akibat terkesan dengan kejadian banjir yang kini sedang melanda diseluruh Pahang.
Menerusi satu kenyataan Media oleh Ketua Pegawai Eksklusif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari, penutupan LRA di daerah Kuantan, Temerloh, Bentong, Lipis dan Raub telah bermula pada 18 Disember lalu.
Penutupan kesemua LRA itu adalah disebabkan peningkatan paras air sungai dan terputus bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan ini memberi kesan kepada 53,916 akaun pengguna.
Namun bantuan penghantaran bekalan air bersih digerakkan dan tangki statik telah ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang terjejas.
Tambahnya kenyataan itu lagi pihak PAIP berdepan dengan kesukaran berikutan masih terdapat banyak kawasan yang dinaiki air.
Topic Berkaitan
#loji rawatan air
#banjir
#mangsa
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan