awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 rumah rosak teruk dilanda puting beliung di Mergong

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2014
13:32 MYT
13 rumah rosak teruk dilanda puting beliung di Mergong
Kejadian yang berlaku jam 1.15 petang tadi di Taman Wira Mergong di sini seolah mengulangi dua kejadian sama yang berlaku di negeri ini. -Gambar fail
Angin tiada, hujan pun tiada, namun secara tiba-tiba, angin kuat melanda sebuah taman perumahan di sini menyebabkan 13 rumah rosak teruk.
Kejadian yang berlaku jam 1.15 petang tadi di Taman Wira Mergong di sini seolah mengulangi dua kejadian sama yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.
Menurut seorang saksi, Mohd Adam Mohd Abdullah, ketika kejadian dia berada di luar rumah sedang menjemur pakaian.
Namun, secara tiba-tiba, beberapa kepingan atap rumah jiran yang terletak berdekatan kelihatan berterbangan naik ke udara dan berpusing seakan-akan dibadai puting beliung sebelum menuju ke arahnya.
Dalam keadaan panik, Mohd Adam melaungkan azan dan menyuruh isteri membawa anak berusia setahun lima bulan berlindung di bawah meja rumah.
“Keadaan ketika itu tak ada angin, tak ada pokok hujan, panas macam biasa. Secara tiba-tiba angin berpusar sampai bumbung tercabut dan jatuh.
“Kemudian angin bergerak ke belakang saya, dan dalam keadaan tu saya terus melaungkan azan. Lepas tu, baru angin tu berhenti dalam 10 minit,” kata Mohd Adam.
Sementara itu, Ketua Umno cawangan Taman Wira Mergong, Ahmad Ishak berkata, beliau telah menghubungi pihak JKM dan Pejabat Daerah Kota Setar berhubung kejadian itu bagi tindakan segera pihak berwajib.
“Kita ambil tindakan terus dengan menghubungi pihak yang berkenaan. Alhamdulillah, setakat ini mereka datang betulkan dengan kadar segera,” kata Ahmad Ishak.
Terdahulu, kejadian puting beliung yang juga dipanggil `belalai darat', melanda daerah Pendang dan merosakkan 14 rumah, serta di daerah Kota Setar mengakibatkan 71 buah rumah musnah.
Topic Berkaitan
#angin pusar
#atap rumah
#Mergong
#puting beliung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan