awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 warga asing termasuk dua wanita ditahan terlibat penipuan tawaran kerja

Bernama
Bernama
22/05/2024
10:57 MYT
13 warga asing termasuk dua wanita ditahan terlibat penipuan tawaran kerja
Menurut Noor Dellhan kesemuanya direman hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 lelaki dan dua wanita warga asing disyaki terlibat kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian selepas menyerbu dua unit kediaman di Jalan Ceylon, Bukit Bintang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata selain penahanan kesemua individu berusia 23 hingga 38 tahun itu, polis turut merampas tujuh komputer riba, 21 telefon bimbit dan satu modem.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati sindiket itu telah beroperasi hampir satu bulan dan menyasarkan mangsa di luar negara.
"Kesemua tangkapan berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan, namun semakan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Noor Dellhan kesemuanya direman hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan tawaran kerja dalam talian
#wanita warga asing ditahan
#Ketua Polis Daerah Dang Wangi
#Noor Dellhan Yahaya
#serbuan di Bukit Bintang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan