awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 warga Filipina masuk Labuan secara haram dipenjara empat bulan

Bernama
Bernama
12/03/2024
16:16 MYT
13 warga Filipina masuk Labuan secara haram dipenjara empat bulan
Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua mereka mengaku bersalah memasuki Labuan tanpa dokumen yang sah. - Gambar fail/Bernama
LABUAN: Sebanyak 13 warga Filipina termasuk enam wanita dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki Labuan secara haram.
Polygon Sapa, Sami Daud, Alden Sulaiman, Mohd Aidil Norsani, Abdul Nazar Bhar, Husin Kasim, Mohd Zaidi Ak Kong, Norana Wajib, Norazlina Awi, Mona Latino, Norsahaya Bensal, Norhayati Jamli dan Sofia Rajul ditahan antara 27 Feb hingga 4 Mac lepas.
Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua mereka mengaku bersalah memasuki Labuan tanpa dokumen yang sah.
Pendakwaan mengikut Seksyen 6(1)(c), 15(1)(c) dan Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun, denda RM10,000 dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kesemua tertuduh ditahan polis di lokasi berbeza selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Mahkamah menetapkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan dan setelah selesai menjalani tempoh penjara warga asing berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen.
Data biometrik mereka akan dikumpul sebelum dibawa pulang ke negara asal bagi memastikan pematuhan prosedur undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lokasi berbeza
#jabatan imigresen
#negara asal
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan