awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

131 warga Myanmar lolos dari depot imigresen, seorang maut kemalangan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/02/2024
01:45 MYT
131 warga Myanmar lolos dari depot imigresen, seorang maut kemalangan
Seramai 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdiri daripada warga Myanmar melarikan dari daripada Depot Tahanan Imigresen Bidor, dekat Tapah, malam tadi. - Gambar Bernama
TAPAH: Seramai 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdiri daripada warga Myanmar melarikan dari daripada Depot Tahanan Imigresen Bidor, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, berkata, 115 daripada warga Myanmar itu dari keturunan Rohingya.
Katanya, seorang daripada mereka meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara.
Menurutnya, petugas Bilik Gerakan DCC Tapah telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki Melayu kira-kira jam 9.50 malam memaklumkan seramai 131 orang tahanan telah melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Bidor.
“Pencarian kesemua tahanan yang lolos dan siasatan masih diteruskan dengan bantuan pegawai dan anggota PGA Batalion 3 Bidor dan JSJ IPK Perak serta JSJ Bk Aman,” katanya dalam kenyataan, di sini, pagi ini.
Kes disiasat di bawah Sek.147kk dan Sek. 223/224 Kanun Keseksaan dan usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus ke Bilik Gerakan IPD Tapah ditalian 05-4015222.
Topic Berkaitan
#warga Myanmar lolos
#Depot Tahanan Imigresen Bidor
#pati
#etnik rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan