LIPIS: Seramai 132 orang yang disyaki pengedar dan penagih dadah ditahan di kawasan Felda di lima buah daerah di negeri ini sempena Ops Sarang Khas pada Sabtu dan Ahad.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, operasi dijalankan secara serentak iaitu di Lipis, Raub, Maran, Temerloh dan Jerantut.
Beliau berkata, serbuan dilakukan di lokasi pengedaran dan penagihan dadah serta rumah ke rumah melibatkan lima daerah terbabit.
Menurutnya, dalam serbuan itu, dadah jenis heroin anggaran berat kasar 151.51 gram, selain Syabu (113.62 gram), pil Yaba (23.85 gram), eramin 5 (4.5 gram), kodein (0.04 liter) dan air ketum (4.5 liter) berjumlah keseluruhan RM17,493 dirampas.
"Kesemua yang ditahan iaitu 14 individu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, tiga di bawah Seksyen 39A (1) serta 21 di bawah Seksyen 12 (2)/ Seramai 88 individu lagi di bawah Seksyen 15(1)(a), kesemuanya di bawah akta sama.
"Baki enam lagi individu disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun kerana disyaki memiliki cecair disyaki air ketum," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, semakan terhadap semua tangkapan mendapati kesemua penagih didapati memiliki rekod jenayah lampau dan dikategorikan sebagai penagih dadah berulang.
"Hasil operasi ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pengedar-pengedar terlibat, seterusnya tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 Akta Dadah Berbahaya," katanya.
Disyorkan artikel ini:
Lelaki miliki 10 rekod kes dadah kena cekup
Jiwa muda rapuh terjebak dadah
Penagih dadah positif Covid-19 akhirnya serah diri
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sepanjang Januari hingga September 2021, JSJN Pahang berjaya membuat tangkapan ke atas 6,342 orang dengan jumlah keseluruhan kes dicatatkan ialah sebanyak 5,220 kes.
Katanya, ia melibatkan nilai rampasan pelbagai jenis dadah sebanyak RM3.4 juta serta jumlah sitaan harta pengedar dadah bernilai RM4.2 juta.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/169878/BERITA/Semasa/132-ditahan-dalam-Ops-Sarang-Khas-di-lima-daerah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Sinar Harian
Sun Oct 31 2021

Ramli (empat dari kiri) memeriksa individu yang ditahan dalam Ops Sarang Khas di Lipis pada Ahad. -Foto PDRM

Kesan Bencana | PM umum bantuan RM200 kepada pesawah
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan besar golongan pesawah terhadap negara yang turut terjejas pendapatan setiap kali berlakunya bencana alam. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan kepada pesawah berjumlah RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

AWANI Ringkas: Henti budaya orang tengah | Tiada lagi sekatan besar-besaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Bantuan kepada pesawah | Komander NTF baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan
Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 200 meter dari Pusat Operasi Sukarelawan Perikanan, Pengkalan Pasir Pekan.

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

Felda beri duit raya RM200 kepada peneroka getah, pekerja ladang
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan memberi bantuan bersasar dalam bentuk sumbangan duit raya sebanyak RM200 kepada para peneroka getah dan pekerja ladang.

Bekas penyelia Felda tidak mengaku salah palsu tandatangan
Muhammad Aizat membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

PM sampaikan sumbangan persiapan raya
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyantuni warga Bera dengan menyampaikan sumbangan sempena program Jelajah Semarak Ramadan di Masjid Takwa Felda Tembangau 2.

Duit raya buat cucu hampir hangus
Robiah Waris, 64, berkata, wang berkenaan disimpan sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu untuk 18 orang cucunya yang berumur 8 bulan hingga 15 tahun.

Perdana Menteri berbuka puasa bersama warga Bera
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama sebahagian warga Bera di Masjid Ubudiah, Felda Purun.

Bumbung tercabut: "Harap tak hujan, kalau tidak basah kuyup kami" - Mangsa ribut
Kejadian itu berlaku sekelip mata sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya keselamatan anak-anaknya menjadi keutamaannya.

Tiga lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM22,000 di Jempol
Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki 39 tahun di tepi jalan besar Felda 7, Gemas, dan rampasan dadah jenis heroin seberat 16 gram.

Remaja lelaki hilang di loji air ketika memancing ditemui lemas
Mayat Muhammad Farmirul Mahamad Faudzi, 14, ditemui penduduk kampung kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

Remaja dikhuatiri lemas ketika memancing di loji air
Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin juga telah diarahkan ke tempat kejadian.

Sindiket edar dadah di Felda sekitar Kuantan tumpas
Polis Pahang menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi empat lelaki warga tempatan termasuk dua adik-beradik, dipercayai aktif di kawasan Felda sekitar Kuantan sejak setahun lepas.