awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

135 kes penyakit berjangkit babitkan mangsa banjir

Eton Khir
Eton Khir
08/01/2022
11:10 MYT
135 kes penyakit berjangkit babitkan mangsa banjir
Daripada 134 kes penyakit berjangkit, 102 kes adalah jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) semntara 28 kes adalah penyakit kulit Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 135 kes penyakit berjangkit terkini dikesan dalam kalangan mangsa banjir.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan dua jenis penyakit berjangkit, iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak 102 kes sementara 28 kes pula melibatkan penyakit kulit.
Berkaitan situasi semasa bencana banjir, sehingga jam 3 petang 8 Januari 2022, KKM juga memaklumkan:
  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi - 58 PPS [Johor (49), Pahang (6), dan Melaka (3)],
  • Jumlah negeri dilanda banjir - Tiga (3) (Pahang, Melaka,dan Johor),
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir - 4,467 orang,
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS - 15 kes (tiada kes baharu hari ini),
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan
  • mangsa banjir - 466 kes (satu (1) kes baharu hari ini); dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS - 1 kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mengadakan perkumpulan ramai di PPS serta memakai pelindung diri - semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses pembersihan pascabanjir, selain memastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan terkena air banjir.
"Elak bermain atau meredah air banjir, elak minum air serta makan makanan tercemar. Jaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor dan sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran terutama individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu mempunyai komorbiditi.
"Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit," katanya.
Kenyataan Akhbar KPK 8 Januari 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia https://t.co/faqL7WYauC
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 8, 2022
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan