awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

137 GRO warga asing ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2023
10:35 MYT
137 GRO warga asing ditahan
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Johor Bahru pada Ahad. - Foto PDRM
JOHOR BAHRU: Seramai 137 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Johor Bahru, di sini, pada Ahad.
Kejayaan itu dimuat naik pada Isnin menerusi Facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut kenyataan itu, serbuan dilakukan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) JSJ Bukit Aman bermula jam 12 tengah malam dan berakhir pada jam kira-kira jam 6.30 pagi.
"Pihak polis juga telah berjaya menahan 52 orang warga asing yang merupakan pengurus, pekerja am, pelanggan dan 'mummy'.
"Ujian saringan air kencing mendapati dua daripada mereka yang ditahan positif dadah jenis eramin 5," katanya.
Tambah kenyataan itu, pusat hiburan yang berkonsepkan 'live band open pub dan kalungan bunga' itu beroperasi di antara jam 9 malam sehingga 3 pagi menjadi tumpuan warga asing.
"Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Hiburan Negeri Johor," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#GRO ditahan
#Ops Noda
#JSJ PDRM
#warga asing
#pusat hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan