14 buah kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Gerik

Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, pihaknya sebanyak mendapati 12 buah kereta pelbagai jenis musnah terbakar 90 peratus dan dua buah lagi musnah terbakar 85 peratus. - Foto JBPM Perak
IPOH: Sebanyak 14 buah kereta pelbagai jenis musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di Kampung Pahat Luar, Gerik malam tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu jam 7.33 malam.
Menurutnya, kebakaran melibatkan kereta yang berada di bawah jagaan sebuah bengkel kereta dan diletakkan di kawasan lapang.
“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati sebanyak 12 buah kereta pelbagai jenis musnah terbakar 90 peratus dan dua buah lagi musnah terbakar 85 peratus.
“Ketika jentera sampai, keadaan api sedang marak dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan size up seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota membuat kerja pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki dengan tiga pancutan bersumberkan air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
Operasi yang membabitkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik itu tamat jam 9.15 malam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


