awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 individu ingkar SOP, sembilan warga asing ditahan, 50 premis diberi amaran

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/07/2020
05:55 MYT
14 individu ingkar SOP, sembilan warga asing ditahan, 50 premis diberi amaran
Polis telah menahan 14 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). - Foto Astro AWANI
Polis telah menahan 14 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepanjang Jumaat.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Ismail berkata daripada jumlah itu, tiga individu direman manakala 11 individu lagi dijamin.
"Antara kesalahan ingkar PKPP termasuk aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP)," katanya.
Mengulas berkenaan Operasi Benteng, beliau berkata pihak polis telah membuat 67 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 43,033 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.
"PDRM telah berjaya menahan sembilan warganegara asing atas kesalahan imigresen," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan 1,703 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,653 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 50 premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#penjarakan sosial
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#SOP
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan