14 kementerian gagal capai sasaran perbelanjaan projek pembangunan - KSN

Shamsul Azri bercakap kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2026 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Sejumlah 14 kementerian dikenal pasti tidak berjaya mencapai sasaran dalam pelaksanaan pembangunan projek fizikal yang diperuntukkan pada tahun lepas, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Ringkasan AI
- 14 kementerian gagal mencapai sasaran pembangunan projek fizikal pada tahun lepas, status perbelanjaan mereka hanya mencatat 87.91 peratus, di bawah purata nasional, memerlukan perhatian serius serta akan menjejaskan penilaian prestasi melalui DEEP.
- Ketua Setiausaha Negara menegaskan bahawa projek-projek rakyat seperti pembaikan jalan, pembinaan sekolah, klinik, dan hospital dilaksanakan lambat, hanya mencapai 87 peratus, menyebabkan peruntukan tidak digunakan sepenuhnya, merugikan kerana dana sepatutnya boleh dialihkan ke projek lain.
- Sebanyak 9,578 projek pembangunan telah dilaksanakan sehingga 22 Disember 2025 dengan peruntukan RM83.06 bilion, prestasi perbelanjaan merekodkan RM81.67 bilion, manakala purata nasional prestasi perbelanjaan bagi projek pembangunan ialah 98.33 peratus.
"Sebab peruntukan ini kita beri tapi tidak digunakan sepenuhnya, jadi ia rugi. Sepatutnya dana ini boleh dimanfaatkan untuk projek lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Ketua Setiausaha Negara 2026 di Putrajaya, hari ini.
Dalam amanat berkenaan, beliau berkata sehingga 22 Dis 2025, sebanyak 9,578 projek pembangunan telah dilaksanakan dengan peruntukan RM83.06 bilion, manakala prestasi perbelanjaan merekodkan RM81.67 bilion.
Ia menyaksikan purata nasional prestasi perbelanjaan bagi projek pembangunan ialah 98.33 peratus.
DEEP atau Sistem Penilaian Prestasi Demerit diperkenalkan bagi menilai prestasi penjawat awam, dengan demerit dikenakan jika objektif yang ditetapkan gagal dicapai.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


