awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat mangsa bot candat sotong terbalik di Pulau Rebak ditemui selamat
PM Anwar luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves
Pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna selamat timang cahaya mata lelaki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

140 rumah rosak dilanda ribut di Tanjung Sedili

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2021
15:47 MYT
140 rumah rosak dilanda ribut di Tanjung Sedili
Sekurang-kurangnya 140 buah rumah melibatkan tujuh perkampungan dekat Tanjung Sedili mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan ribut, pada petang Jumaat. - Astro AWANI
KOTA TINGGI: Sekurang-kurangnya 140 buah rumah melibatkan tujuh perkampungan dekat Tanjung Sedili mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan ribut, pada petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian hujan dan ribut berlaku antara jam 4.00 hingga 5.20 petang.
Katanya 140 buah rumah yang rosak melibatkan kerosakan khususnya di bahagian bumbung rumah dan garaj kereta rumah.
"140 rumah yang didiami 140 keluarga terjejas dari tujuh kampung antaranya Kampung Sri Gading, Kampung Telul Jeri, Kampung Teluk Jeri Luar, Kampung Teluk Jeri Dalam, Kampung Tanah Putih, Taman Sedili dan Kampung Sedili Besar.
"Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dalam proses untuk dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa bencana ribut iaitu PPS SK Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili dan SK Sedili Besar, Sedili.
"Tiada laluan utama jalan raya yang terputus akibat ribut kerana proses tindakan penyelenggaraan jalan telah diambil oleh pihak JKR Kota Tinggi dengan mengalihkan/memotong pokok-pokok yang tumbang akibat tiupan angin ribut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Hussin, ia merupakan insiden pertama kali bencara ribut yang teruk berlaku melanda di kawasan Tanjung Sedili.
Katanya Balai Polis Kuala Sedili juga terjejas akibat bencana ribut yang mana melibatkan Perumahan Polis (APR) di bahagian bumbung rumah mengalami kerosakan termasuk beberapa bumbung garaj kereta.
"Jumlah mangsa bencana ribut yang akan dipindahkan ke PPS masih dalam tindakan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Penghulu dan Ketua Kampung memandangkan kebanyakan mangsa mengambil keputusan untuk tinggal di rumah saudara masing-masing yang tinggal berhampiran.
"Setakat ini, tiada kehilangan jiwa dan kecederaan yang dilaporkan. Jumlah anggaran taksiran bencana kerugian akibat kerosakan masih belum dapat ditaksirkan," katanya sambil memaklumkan pemantauan masih diteruskan.
Topic Berkaitan
#ribut
#Kota Tinggi
#hujan lebat
#pusat pemindahan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Tanjung Sedili
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan