awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2023
23:20 MYT
15 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Lain-lain kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Pasir Gudang; Tangkak di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Cheras di Kuala Lumpur. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di beberapa kawasan di semenanjung kembali buruk.
15 kawasan di Lembah Klang, Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.
Setakat jam 6 pagi Ahad, Bukit Rambai di Melaka dan Batu Pahat di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 160.
Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah di Larkin (160) Nilai, Negeri Sembilan (160), Batu Muda, Kuala Lumpur (153).
Begitu juga di Rompin, Pahang turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu pada paras 102.
Lain-lain kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Pasir Gudang; Tangkak di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Cheras di Kuala Lumpur.
Sementara itu, 43 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala lapan yang lain mencatatkan bacaan IPU yang baik.
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.
Topic Berkaitan
#jerebu
#bacaan ipu
#tidak sihat
#APIMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan