Skip to main content

Dunia

Bekas penyerang dan pengurus England Kevin Keegan meninggal dunia pada usia 75 tahun

July 20 (Reuters) - Former England captain and manager Kevin Keegan has died at the age of 75, his former club Newcastle United said on Monday. Keegan's family and Newcastle announced in January that the two-time European Footballer of the Year was undergoing cancer treatment, ​without disclosing details of his illness.
Keegan, bintang era 1970-an bagi pasukan Liverpool yang turut pernah beraksi untuk Hamburger SV sebelum menjadi tokoh disanjungi di Tyneside sebagai pemain dan pengurus Newcastle United, telah menjalani rawatan untuk kanser tahap empat. - Gambar fail/REUTERS
Advertisement

LONDON: Bekas penyerang dan pengurus England, Kevin Keegan meninggal dunia pada usia 75 tahun, lapor PA Media/dpa.

Keegan, bintang era 1970-an bagi pasukan Liverpool yang turut pernah beraksi untuk Hamburger SV sebelum menjadi tokoh disanjungi di Tyneside sebagai pemain dan pengurus Newcastle United, telah menjalani rawatan untuk kanser tahap empat.

Satu kenyataan daripada keluarga Keegan berkata: “Dengan penuh rasa dukacita, kami mengumumkan bahawa Kevin Keegan telah meninggal dunia pada usia 75 tahun.

“Kevin telah berjuang menentang kanser dan dikelilingi isteri serta anak-anak perempuannya pada saat-saat terakhir beliau.

“Pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak dua kali, Kevin merupakan seorang suami, bapa dan datuk yang amat dikasihi. Pihak keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan Kevin yang luar biasa atas segala sokongan mereka.

Ini adalah tempoh yang amat sukar dan mereka memohon ruang serta privasi diberikan,” katanya.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa 

 

 

Must Watch Video

Advertisement