awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 minit bergelap, bekalan elektrik dari Murum terputus

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
10/07/2021
15:34 MYT
15 minit bergelap, bekalan elektrik dari Murum terputus
SEB melaporkan talian penghantaran 275kV di Murum terputus menyebabkan gangguan pada bekalan utama. - Gambar Astro AWANI
KUCHING: Beberapa kawasan di Sarawak bergelap selepas bekalan elektrik terputus sekitar pukul 9.30 malam Sabtu.
Gangguan elektrik selama 15 minit itu bukan sahaja berlaku di Kuching tetapi turut dilaporkan berlaku sehingga ke wilayah tengah termasuk Bintulu.
Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataan menerusi Twitter memaklumkan, kejadian itu disebabkan bekalan arus tersekat pada litar berganda bagi penghantaran transmisi di Murum yang mengakibatkan gangguan pada bekalan utama.
KUCHING: Tripping of the 275kV transmission lines causing major supply interruption. Follow us on twitter for updates.
— Sarawak Energy (@1SarawakEnergy) July 10, 2021
“Litar berganda yang tersambung dari saluran penghantaran Murum menyebabkan gangguan bekalan utama.
“Bagaimanapun, bekalan elektrik berjaya dipulihkan dengan selamat dan progresif,” kata kenyataan itu.
Terdahulu SEB melaporkan talian penghantaran 275kV di Murum terputus menyebabkan gangguan pada bekalan utama.
Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Datu Sharbini Suhaili berkata isu tersebut telah menyebabkan beberapa kawasan di seluruh Sarawak bergelap.
“Namun sistem setakat ini dalam keadaan stabil dan pihak kami telah melakukan kerja-kerja baik pulih bekalan elektrik mengikut langkah dan peringkat bagi mengembalikan keadaan seperti sedia kala,” katanya.
Topic Berkaitan
#Kuching
#Bintulu
#Twitter
#Sarawak Energy Berhad
#SEB
#bekalan elektrik
#gangguan bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan