MELAKA TENGAH: Seramai 85,136 murid sekolah rendah dan 65,219 pelajar sekolah menengah memulakan sesi persekolahan di Melaka hari ini.
Jumlah itu melibatkan sebanyak 226 sekolah rendah dan 74 sekolah menengah di seluruh negeri berkenaan.
Exco Pendidikan Dan Teknologi Negeri, Datuk Rais Yasin berkata, daripada jumlah itu, seramai 71 pelajar dan murid yang masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terpaksa menangguhkan sesi persekolahan hari ini.
Beliau berkata, semua pelajar yang masih berada di PPS menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berbanding secara bersemuka.
Bagaimanapun, ujarnya, Jabatan Pendidikan Negeri telah diarah memantau kumpulan pelajar dan murid yang masih berada di PPS termasuk dari segi keperluan pembelajaran mereka.
Ini kerana, kebanyakan alatan belajar seperti buku teks dan alat peranti terjejas susulan bencana banjir yang melanda kediaman mereka.
"Kebanyakan di PPS belajar PdPR. Yang tak boleh berada di sekolah boleh maklumkan kepada pihak sekolah. Jika ada kesukaran PdPR, beritahu. Insya-Allah hari ini saya akan melawat ke PPS di Jasin.
"Ada 71 org di PPS, merangkumi sekolah menengah dan rendah. Kesemuanya 19 sekolah jadi PPS, 16 sudah ditutup, baki tiga sahaja lagi.
"Terima kasih kepada warga Jabatan Pendidikan kerana berusaha membantu mangsa-mangsa banjir," katanya.
Tiga PPS membabitkan sekolah yang masih dibuka ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu dan SK Seri Mendapat di daerah Jasin yang menempatkan keseluruhan 258 mangsa banjir setakat pagi ini.
Rais berkata demikian selepas menyampaikan pelitup muka dan hidung kepada pelajar dan guru di SK Tanjung Minyak di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mengambil maklum pelajar yang mengalami kerosakan buku teks atau kelengkapan sekolah yang mana kerajaan negeri akan membantu menggantikannya segera.
Dalam pada itu beliau berkata, setakat ini hanya 36 guru di seluruh negeri ini yang masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19.
Bagaimanapun, jelasnya, ibu bapa tidak perlu bimbang memandangkan guru-guru berkenaan tidak terlibat dengan pengajaran secara bersemuka dan diasingkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) khas yang ditetapkan.
Tinjauan di SK Tanjung minyak hari ini mendapati lebih 1,000 murid hadir ke sekolah seawal jam 6.30 pagi.
Sebahagian besar hadir dengan pakaian sekolah dan mematuhi SOP sebelum memasuki kawasan sekolah.