awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

151 ditahan dalam serbuan premis judi di Serdang

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2018
22:47 MYT
151 ditahan dalam serbuan premis judi di Serdang
Seramai 109 pemain mesin judi dalam talian serta 42 penjaga premis ditahan dalam serbuan ke atas 15 premis di sekitar Serdang, malam tadi. -Astro AWANI
Seramai 109 pemain mesin judi dalam talian serta 42 penjaga premis ditahan dalam serbuan ke atas 15 premis di sekitar Serdang, malam tadi.
Serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap, D7 Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor dan Polis Daerah Serdang.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa memaklumkan serbuan dilakukan hasil risikan dan pemantauan berdasarkan maklumat orang awam sejak seminggu lalu.
Hasil siasatan awal mendapati sebahagian premis yang diserbu tidak memiliki sebarang lesen.
Mereka juga beroperasi secara haram manakala sebahagian lagi berselindung di sebalik lesen pusat hiburan keluarga (PHK) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Turut dirampas dalam operasi sama ialah 276 komputer riba yang diaktifkan bagi tujuan judi dalam talian serta 36 mesin simulator.
Selain itu, pihak polis turut merampas wang tunai sebanyak RM12,936.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#D7
#judi dalam talian
#PHK
#pusat hiburan keluarga
#Rohaimi Md Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan