awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 lagi varian Delta dikesan di Sarawak

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
13/07/2021
12:10 MYT
16 lagi varian Delta dikesan di Sarawak
KUCHING: Sarawak hari ini mengesahkan 16 varian Delta dikesan di Kuching pada 4 Julai lalu.
Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS, Profesor Dr David Perera berkata, kehadiran varian Delta itu sudah dimaklumkan menerusi laporan kepada kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
"Dengan penambahan 16 kes baharu, setakat ini 17 kes melibatkan varian Delta dikesan di Sarawak yang mana kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun yang dilaporkan pada 8 Julai lalu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mengulas mengenai varian Beta tambah Dr David, enam lokasi di Sarawak iaitu Kuching, Bau, Lundu, Serian, Simunjan dan Sibu merekodkan varian tersebut.
"Setakat 4 Julai ini, secara kumulatif terdapat 76 Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) dikesan di Sarawak," katanya.
Topic Berkaitan
#Varian Delta
#Sarawak
#Kuching
#COVID-19
#Pandemik COVID-19
#vaksinasi
#Douglas Uggah Embas
#Dr David Perera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan