Sebanyak 160,000 daripada sejuta unit rumah mampu milik yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam akujanji
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) siap dibina setakat 30 Sept lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sememangnya komited meneruskan projek perumahan berkenaan kerana perkara itu dekat di hati rakyat walaupun menghadapi cabaran ekoran keadaan ekonomi tidak menentu berikutan penguncupan ekonomi China serta ketidaktentuan dalam kadar faedah Amerika Syarikat yang memberi kesan kepada nilai ringgit.
"Sebagai sebuah kerajaan, BN telah memuatkan dalam akujanji pilihan raya ke-13 di mana kita telah membuat pengakuan dalam tempoh masa lima tahun kita akan bina satu juta rumah mampu milik di seluruh negara.
"Tugas utama diberikan kepada PR1MA (Perbadanan PR1MA Malaysia) di mana PR1MA dikehendaki membina 500,000 rumah mampu milik di seluruh negara. Setakat 30 Sept 2015, sekitar 16 peratus daripada satu juta rumah mampu milik yang dijanjikan telah siap dibina," katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Rumah PR1MA 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Turut hadir pada ekspo tiga hari bermula hari ini itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias.
Najib berkata penyediaan projek perumahan PR1MA yang harganya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran juga merupakan satu cara kerajaan berkongsi kekayaan negara dengan rakyat.
"Kalau aset itu dalam bentuk rumah, nilai pasarannya lebih tinggi daripada apa yang kita beli, sudah tentu dapat sahaja sebuah rumah PR1MA, maka kita sudah dapat keuntungan yang lebih besar," katanya.
Beliau berkata projek perumahan berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa seperti "pisang goreng panas" sehingga menerima permohonan melebihi unit rumah yang ditawarkan.
Sebagai contoh, katanya, projek PR1MA di Alam Damai, Cheras sebanyak 2,000 unit menerima permohonan lima kali ganda manakala di Jalan Jubilee, Bukit Bintang yang berjumlah 543 unit menerima permohonan sebanyak 25 kali ganda.
Perdana Menteri turut meminta kerajaan-kerajaan negeri memberikan kerjasama dalam pembangunan projek perumahan mampu milik bagi memberikan kemudahan kepada rakyat untuk memiliki rumah.
"Umpamanya kerajaan negeri Sarawak telah memberi kelonggaran terhadap dasar kepadatan kepada pembangunan PR1MA untuk membantu mengurangkan kos pembinaan kediaman PR1MA sebanyak 20 peratus dengan tambahan nisbah plot, kita akan dapat kurangkan kos kepada PR1MA, begitulah juga negeri Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan menyediakan satu pusat sehenti," katanya.
Najib berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga bekerjasama dengan PR1MA dalam membangunkan sebidang tanah berkeluasan 3.23 hektar di Kajang melibatkan 1,200 unit kediaman yang dijual kepada kakitangannya serta masyarakat setempat.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyerahkan surat tawaran kepada 10 pembeli rumah PR1MA di Kuala Ketil, Kedah serta memulakan cabutan undi untuk projek PR1MA Alam Damai dan Jalan Jubilee.
Pada majlis sama, PR1MA mengumumkan perkongsian strategik dengan PERMATA bagi penubuhan pusat jagaan kanak-kanak PERMATA PR1MA dan program komuniti di pembangunan PR1MA terpilih.
Program tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pusat jagaan kanak-kanak PERMATA PR1MA untuk kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun dan PERMATA Perkasa @ Pusat Komuniti Remaja untuk belia yang berusia 15 hingga 25 tahun.
Bernama
Fri Nov 27 2015
Najib (dua, kiri) melihat replika PR1MA pada majlis Perasmian Expo Terbesar Rumah PR1MA di PWTC hari ini. -fotoBERNAMA
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sayap UMNO desak wakil rakyat pulangkan kerusi jika ingin keluar parti
Bagi mereka, wakil rakyat tersebut bertanding atas nama parti dan memanfaatkan jentera selain menggunakan wang parti itu tetapi telah menghancurkan kepercayaan parti dan mengkhianati amanah pengundi.
Manifesto BN selesai isu perumahan dan pekerjaan - Sivaraajh
Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh berkata, ia bukan janji yang retorik seperti mana yang ditampilkan pembangkang sebelum ini yang tidak akan mampu untuk dilaksana mereka.
16 peratus rumah mampu milik dalam akujanji BN berjaya disiapkan - Najib
Kerajaan komited meneruskan projek perumahan berkenaan kerana perkara itu dekat di hati rakyat walaupun menghadapi cabaran ekoran keadaan ekonomi tidak menentu.
BN akan bentang kad laporan prestasi tahun ini - Najib
Kad laporan prestasi Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dibentang pada tahun ini sebagai memenuhi janji akauntabiliti kepada rakyat sejak pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang lalu.
Agensi cari jodoh: Ideologi politik penting sebelum temukan pasangan
Bagi Zainuddin Md Jaafar, 50, seorang pengurus agensi cari jodoh, ideologi politik amat dititikberatkan sebelum mempertemukan pasangan yang benar-benar ingin mencari jodoh.
Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi
Abdul Hadi berkata pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Strategi perumahan BN mampu dilaksana - Penganalisis
Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk menyediakan satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun dan beberapa pendekatan lain diterima baik pakar ekonomi.