awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 premis rumah urut diarah tutup

Bernama
Bernama
10/11/2018
03:41 MYT
16 premis rumah urut diarah tutup
Anggota Penguatkuasa DBKL merampas barangan ketika Operasi Khas Premis dijalankan sekitar Kuchai Lama malam tadi. --fotoBERNAMA
Enam belas daripada 22 premis rumah urut di sekitar Kuala Lumpur diarah tutup kerana beroperasi tanpa lesen dalam operasi khas rumah urut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, malam tadi.
“Pihak kami telah memeriksa 22 premis rumah urut dan semua dikenakan tindakan sita barang-barang perniagaan mereka seperti kerusi lipat, khemah, dan ‘decoder rakaman litar tertutup (CCTV)’”, kata Pengarah Penguatkuasa DBKL Azman Mahmood.
Daripada jumlah itu, 16 premis dikenakan tindakan penutupan premis.
“Operasi ini dilakukan oleh 22 pegawai dan anggota DBKL bermula pukul 8 malam hingga 2 pagi tadi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Bilik urut yang telah diubah suai ketika Operasi Khas Premis dijalankan sekitar Kuchai Lama malam tadi. --fotoBERNAMA
Bilik urut yang telah diubah suai ketika Operasi Khas Premis dijalankan sekitar Kuchai Lama malam tadi. --fotoBERNAMA
Beliau berkata DBKL akan terus bergiat aktif dalam membanteras premis-premis rumah urut yang beroperasi tanpa lesen dan akan mengambil tindakan tegas terhadap premis yang ingkar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azman Mahmood
#CCTV
#DBKL
#Kuala Lumpur
#lesen
#operasi
#operasi khas
#rumah urut
#sita
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan