Skip to main content

Malaysia

16 tahun saksi kebaikan, kemurahan hati suami - Zizie Izette

41764917141_NorAsidahAlimuddin.jpg
SHAH ALAM: Isteri Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, sempat berkongsi satu hantaran penuh emosi di Instagram mengenai keperibadian Ahli Parlimen Kinabatangan itu.


Ringkasan AI
  • Datin Seri Zizie Izette berkongsi hantaran emosional di Instagram mengenai keperibadian suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang menggambarkan kebaikan, kemurahan hati, dan kasih sayang beliau terhadap orang ramai.
  • Hantaran tersebut disertakan dengan video kenangan Bung Moktar bersama anak-anak mereka, menunjukkan sisi kehidupan keluarga yang mesra.
  • Pemergian Allahyarham Bung Moktar pada 5 Disember 2025 disebabkan oleh kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru yang teruk, meninggalkan sebuah kekosongan dalam politik Sabah dan kesedihan dalam kalangan rakyat.


Dalam perkongsian tersebut, Zizie Izette, 47, meluahkan mengenai keperibadian murni suaminya yang tidak diketahui ramai.

โ€œMereka mungkin tidak tahu hatinya, tetapi saya tahu. Selama 16 tahun saya menyaksikan kebaikannya, kemurahan hatinya, dan kasih sayangnya terhadap orang ramai.

โ€œTolong doakan dia,โ€ katanya dalam hantaran terakhir yang dimuat naik sebelum negara dikejutkan dengan berita pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan video kenangan Bung Moktar bersama anak-anak mereka.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2009.

Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2025, jam 1.46 pagi ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag yang berusia 66 tahun itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan Moktar menerusi hantaran di Facebook. -- Sinar Harian


Must Watch Video