ALOR SETAR: Seramai 162 orang daripada kira-kira 30,400 orang guru di negeri Kedah atau 0.53 peratus, masih lagi belum menerima walau sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Rozaini Ahmad memaklum antara sebab penolakan berkenaan adalah disebabkan faktor kesihatan, belum bersedia serta beberapa sebab peribadi yang lain.
Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah melakukan tindakan lanjut dalam memastikan sesi pembelajaran tidak terjejas.
Tambah beliau, pihaknya juga telah menerima satu laporan berhubung tindakan waris yang melakukan piket di hadapan sebuah sekolah di daerah Kubang Pasu, susulan seorang guru di sekolah itu yang masih lagi belum menerima vaksin COVID-19.
"Mereka (yang belum terima vaksin ini) pergi sekolah tapi diasingkan, buat kerja pengajaran macam mengatur modul, buat pengajaran secara 'online'.
"Kita ada (terima laporan), sebuah sekolah, waris berpiket di luar SK Darul Aman Heights, itu kita tak dapat kawal, itu kehendak waris, walaupun ada kemunasabahan mereka tetapi kita di peringkat pendidikan ambil berat tetapi (setiap yang dilakukan), kita ada SOP kita
"(Guru-guru ini) kita pujuk dia, kita kawal dari sudut pengasingan dia. Pendek kata, kebimbangan waris itu munasabah tetapi (dalam sektor) pendidikan ada SOP dia, tatacara dia untuk atasi perkara ini," ujar Rozaini.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Intervensi Meningkatkan Pencapaian Aspirasi Kecemerlangan (IMPAK) SPM 2021 di Wisma Darul Aman, pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad, berharap agar guru-guru yang belum menerima vaksin di negeri itu mempertimbangkan semula keputusan mereka.
Ia bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar, termasuk menjejaskan serta membantutkan sesi pembelajaran dalam kalangam pelajar di negeri itu.
"Kita mengharapkan supaya pihak terlibat mempertimbangkan semula langkah mereka sebab ia (akan) menimbulkan banyak perkara lagi. (Ia akan menyebabkan) sekolah terpaksa menyediakan tempat berasingan dan sebagainya.
"Itu maknanya membantutkan lagi dari segi pembelajaran juga. Kita minta mereka memberi kerjasama dan patuh kepada arahan daripada MKN dan kerajaan," ujar Exco Pendidikan Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad.
Abd Hadi Che Awang
Mon Jan 24 2022
Perkara itu dimaklumkanROzaini sewaktu dalam Majlis Pelancaran Intervensi Meningkatkan Pencapaian Aspirasi Kecemerlangan (IMPAK) SPM 2021 di Wisma Darul Aman, pada Isnin. - Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
Terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
Polis Kelantan kenal pasti penulis buat hantaran mengenai pedofilia di Tumpat
Polis telah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Tumpat.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
Tidak salah guna media sosial namun guru diingat patuhi garis panduan KPM
Kementerian Pendidikan memiliki garis panduan berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan sentiasa memantau keadaan itu.
KPM pelawa guru sertai program pembudayaan STEM - Fadhlina
Guru Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dipelawa menyertai program pembudayaan STEM.
KPM pantau iDME setiap jam, tambah baik dari semasa ke semasa - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau Sistem Pengurusan Identiti (iDME) setiap jam bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.
Guru didakwa raba murid dalam kelas
Kesalahan itu dilakukan di dalam kelas tahun lima sebuah sekolah di Durian Tunggal, Alor Gajah kira-kira pukul 10.30 pagi, 26 Mei 2022.