NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 pekerja maut dan tiga lagi cedera selepas kren tumbang di tapak pembinaan jalan raya di negeri Maharashtra, barat India pada Selasa, menurut pegawai.
Insiden berlaku berhampiran Shahapur di daerah Thane, kira-kira 71 kilometer (km) ke timur laut Mumbai.
Pasukan Pencegahan Bencana Kebangsaan (NDRF) India dikejarkan ke tempat kejadian
"Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan," kata pegawai kanan NDRF, Sarang V Kurve.
Menurut NDRF, 17 mayat ditemukan di tempat kejadian.
Tiga yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan, lapor Xinhua.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Sekurang-kurangnya 17 pekerja maut dan tiga lagi cedera selepas kren tumbang di tapak pembinaan jalan raya di negeri Maharashtra, barat India. -Reuters
[TERKINI] Ibu bapa Zayn Rayyan beredar dari mahkamah selepas selesai ikat jamin
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin beredar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jam 12.45 tengahari, pada Khamis, selepas diikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang.
SPRM belum terima panggilan menantu Muhyiddin untuk serah diri
SPRM masih belum menerima panggilan daripada ahli perniagaan, Datuk Muhammad Adlan Berhan iaitu menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sah! Aliff Aziz, Bella cerai talak satu
Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie pada jam 1.10 petang selepas mahkamah membenarkan permohonan perceraian yang dibuat penyanyi wanita itu pada 11 Mac lalu.
Bekalan air di Arau dan Kangar kembali pulih
Syarikat Air Perlis (SAP) menerusi makluman di laman Facebook rasminya malam tadi memaklumkan kerja baik pulih kerosakan suis utama pam air bersih di LRA berkenaan siap sepenuhnya dan loji itu telah beroperasi pada tahap maksimum 100 peratus.
Lelaki ambil upah baling bom petrol di Melaka ditahan
Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 9 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Kok Liang, Kuala Lumpur, kerana disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dari negara jiran.
[TERKINI] Pekebun tidak serik-serik, kali ketiga didakwa sokong pengganas Daesh
Seorang pekebun tidak serik-serik apabila sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan menyokong dan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Daesh sejak tahun lalu.
Aliff Aziz hadir ke mahkamah berkaca mata hitam, ditemani pengawal peribadi
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, dilihat tenang semasa tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar pukul 12.25 tengah hari ini.
AWANI Ringkas: Ibu bapa didakwa abaikan anak hingga menyebabkan kecederaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: UEFA umum keputusan VAR akan disiar di skrin stadium
UEFA mendedahkan rancangan mereka untuk menyiarkan keputusan VAR Euro 2024 di skrin stadium di Jerman.
Ibu bapa Zayn Rayyan beredar dari mahkamah selepas selesai ikat jamin
Semasa beredar dari pekarangan mahkamah, pasangan terbabit dilihat memakai pakaian biasa dan dibawa menaiki kereta sebelum beredar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.
Tragedi kren tumbang kekal terpahat dalam ingatan
Kejadian kren tumbang yang berlaku pada September 2015 itu mengorbankan lebih 100 jemaah dan mencederakan lebih 230 lagi.
Banglo 99 pintu belum diwarta sebagai bangunan warisan
Bangunan Banglo 99-Door Mansion di Jalan Byram, Nibong Tebal tidak dapat melalui proses pewartaan sebagai bangunan warisan kerana pemiliknya belum mengemukakan sebarang permohonan setakat hari ini.
Kren produksi filem tumbang timpa banglo 99 pintu
Sebuah kren yang dipercayai digunakan oleh produksi filem dilaporkan tumbang dan menimpa banglo 99 pintu yang terletak di Jalan Byram di sini, pada Jumaat.
Kecuaian kontraktor punca kren tumbang atas landasan kereta api - Anthony Loke
Kecuaian kontraktor projek parkir bertingkat dikenal pasti sebagai punca insiden kren binaan tumbang atas landasan antara antara Rawang dan Kuang pada 12 Disember lalu.
Kren tumbang: Perkhidmatan komuter, ETS kembali pulih
Tren komuter pertama bernombor 2301 telah memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral.
Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB
Kerja-kerja pemulihan di landasan stesen kereta api Rawang yang terjejas susulan kejadian sebuah kren tumbang, sedang giat dijalankan.
Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang
Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.
17 terbunuh dihempap kren di tapak pembinaan
Insiden berlaku berhampiran Shahapur di daerah Thane, kira-kira 71 kilometer (km) ke timur laut Mumbai.
Kren kontena tumbang dilanggar kapal kargo, pekerja pelabuhan cedera
Rakaman menunjukkan kren yang tumbang itu menghentam kren lain serta timbunan kontena yang terletak berdekatan.
Insiden kren gantri SUKE: Rasuk konkrit boleh jatuh jika mangsa tersepit dikeluarkan
Pihak penyelamat boleh mengangkat kren gantri tersebut untuk mengeluarkan mangsa, namun enam beam kemungkinan akan jatuh.