awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 banduan PBSL Penjara Sungai Udang dibebaskan hari ini

Bernama
Bernama
19/04/2023
11:57 MYT
18 banduan PBSL Penjara Sungai Udang dibebaskan hari ini
Seramai 18 banduan dibebaskan awal di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Penjara Sungai Udang sempena Aidilfitri hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Seramai 18 banduan dibebaskan awal di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Penjara Sungai Udang sempena Aidilfitri di sini hari ini.
Pengarah Penjara Melaka Roslan Mohamed berkata kesemua banduan yang berusia 30 hingga 60 tahun yang dibebaskan itu melibatkan pesalah kes dadah sama ada mengedar, menagih atau urin positif yang menerima hukuman penjara di bawah tempoh setahun.
"Empat daripada mereka dijemput keluarga dan empat lagi dihantar menjalani latihan kemahiran berbayar menerusi program 'Corporate Smart Partnership' (CSI) dengan pihak industri. Bakinya 12 lagi dihantar ke rumah perantaraan (RP) di Kuala Lumpur kerana mereka tiada keluarga, umur telah lanjut dan tidak diterima pihak industri.
"Di RP mereka akan dilibatkan dengan pelbagai program bersama masyarat," katanya kepada pemberita pada PBSL, yang turut dihadiri Pengarah Penjara Sungai Udang S. Gunasegaran.
Beliau berkata banduan berkenaan dibebaskan awal bagi memberi peluang untuk mereka menyambut Hari Raya Hari Aidilfitri bersama ahli keluarga, namun mereka perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan pihak penjara.
Katanya banduan yang telah dibebaskan diharap tidak kembali lagi ke penjara, dan mereka telah diberikan pelbagai ilmu agama dan kerohanian selain melalui program kursus 'Human Development Plan' tahap satu dan dua.
Semalam media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah PBSL Ihsan MADANI atau Kepulangan Yang Dinanti, sempena Aidilfitri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banduan PBSL
#Penjara Sungai Udang
#dibebaskan
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan