awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 keluarga masih terjejas banjir di Hilir Perak

Bernama
Bernama
27/11/2021
05:00 MYT
18 keluarga masih terjejas banjir di Hilir Perak
Semua mereka yang ditempatkan di PPS MPTI, Langkap belum dibenarkan pulang kerana kawasan rumah masing-masing masih digenangi banjir termenung. - Gambar fail
IPOH: Seramai 57 orang daripada 18 keluarga mangsa banjir di Hilir Perak masih berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini berbanding 61 orang daripada 19 keluarga, malam tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak berkata kesemua mereka yang ditempatkan di PPS Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap itu belum dibenarkan pulang kerana kawasan rumah masing-masing masih digenangi banjir termenung.
Kesemua 18 keluarga itu merupakan penduduk dari lima kampung iaitu Kampung Sungai Rambai, Kunci Air 12 Headwork, Kampung Tanjong Keramat, Sungai Kucing dan Sungai Seluang.
Jurucakap itu memaklumkan PPS Dewan Serbaguna Chikus di Langkap pula masih ditutup sementara dan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya banjir kilat kembali berlaku.
Banjir berlaku pada Rabu lepas akibat limpahan air Sungai Batang Padang menyebabkan kawasan penempatan penduduk dinaiki air setinggi 0.3 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Perak
#Sungai Batang Padang
#PPS
#banjir termenung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan