Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya adalah antara 18 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 8 September depan.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan pada Isnin berkata Zamri akan mengambil alih jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
Tempat beliau akan diisi oleh Datuk Asri Yusoff yang ketika ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, dengan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis.
Kenyataan itu turut memaklumkan Setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd pula masih memegang jawatan sama dengan memangku pangkat DCP.
Ketua Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan/ATIP/ASOM, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik pula akan bertukar jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat DCP.
Tempat beliau akan diambil alih SAC Rohaimi Md Isa yang ketika ini merupakan Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik/Inspektorat), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Supt Rosman Ismail yang pada masa ini memegang jawatan Timbalan Komander Pasukan Polis Marin, Wilayah Empat pula akan dilantik sebagai Komander Pasukan Polis Marin, Wilayah Satu dengan memangku pangkat ACP.
Menurut kenyataan itu lagi, Penolong Pengarah Perjawatan (Audit), Unit Perjawatan/Audit, Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Mohd Asri Md Akhir dilantik sebagai Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik), Bahagian Dasar Sumber Manusia di jabatan yang sama.
Supt Mongudal Koromol@Edward yang ketika ini memegang jawatan Pegawai Pemerintah Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu, Briged Sabah dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran, Briged Sabah dengan memangku pangkat ACP.
Bernama
Mon Aug 08 2016
Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya (gambar) adalah antara 18 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 8 Sept depan. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Identiti lelaki rentung terbakar di Merbok sudah dikenal pasti
Mangsa yang berusia 60-an merupakan lelaki tempatan dan OKU hasil pengesahan ahli keluarganya.
Fisol Ketua Polis Kedah yang baharu
Bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Wan Hassan dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman
Datuk Fisol Salleh akan menggantikan Wan Hassan sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu dengan memangku pangkat CP.
Anggota polis cedera ditikam bergelut dengan tokan dadah
Seorang anggota polis cedera ditikam di betis dalam pergelutan ketika manangkap tokan dadah di tepi jalan Kampung Paya Mat Insun, Bukit Jenun.
Polis Kedah tingkatkan kawalan di sekolah elak kejadian culik
Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal akan melakukan pematauan dan rondaan dua kali setiap hari di sekolah-sekolah.
Wan Hassan dilantik Ketua Polis Kedah baharu
Wan Hassan Wan Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Kedah baharu menggantikan Datuk Kamarul Zaman Mamat berkuat kuasa hari ini.
Tak sampai 6 jam, suspek rompak kedai emas di Alor Setar ditahan
Seorang lelaki ditahan tidak sampai enam jam selepas merompak sebuah kedai emas di Kompleks Sri Putra Seberang Jalan Putra, Alor Setar pada Isnin.
Aktiviti rentas negeri mungkin disalah guna sesetengah pihak - Ketua Polis Kedah
Polis Kedah akan meningkatkan operasi khususnya di kawasan pintu sempadan susulan kebenaran aktiviti rentas negeri dan pembukaan sektor ekonomi yang memungkinkan kelonggaran ini disalah guna.
Polis Kedah siasat kes OKT mati dalam tahanan
Polis Kedah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian orang kena tangkap (OKT) ketika dalam tahanan sebuah agensi penguat kuasa di daerah Kuala Muda, pada 20 Julai lepas.
Ahli Parlimen didakwa langgar SOP, polis Kedah buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.