MELAKA:Sebanyak 183 individu positif COVID-19 di Melaka sedang menjalani kuarantin di Hospital Melaka, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Penjara Sungai Udang dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Melaka (ILKKM), setakat pukul 8 pagi hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 19 orang terdiri daripada orang awam, banduan dari Pusat Koreksional Jasin (86 orang) dan pendatang tanpa izin (29 orang) dari Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di Alor Gajah, dengan kesemua mereka ditempatkan di Hospital Melaka.
Beliau berkata lapan orang awam pula ditempatkan di ILKKM, manakala 41 orang banduan dari Pusat Koreksional Jasin dikuarantin di Penjara Sungai Udang.
"Secara keseluruhan Hospital Melaka mempunyai 171 katil bagi menempatkan pesakit COVID-19 dan sehingga pagi tadi, sebanyak 134 katil telah diisi dan hanya 37 katil lagi masih kosong.
"Di ILKKM pula, masih terdapat 32 katil kosong manakala di PKRC Penjara Sungai Udang masih ada 35 katil kosong untuk pesakit postif COVID-19," katanya kepada pemberita selepas Op Natal 2020 di sebuah pasar raya di Peringgit di sini, hari ini.
Beliau berkata selain pusat kuarantin di negeri itu, sebanyak 119 pendatang tanpa izin dari Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo yang dikesan positif COVID-19 ditempatkan di PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAPES) Serdang.
Dalam perkembangan lain, Rahmad berkata Jabatan Kesihatan Melaka telah mengeluarkan 12 notis kompaun bernilai RM39,000 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dari Januari hingga semalam.
Rahmad berkata sebanyak 1,430 barangan bernilai RM6,714.04 telah disita, kerana tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dalam tempoh sama kerana atas pelbagai kesalahan antaranya pembungkus rosak, pecah, kemek atau berkarat, makanan berkulat atau rosak dan tamat tarikh luput.
Beliau berkata sebanyak 270 premis perniagaan termasuk pasar raya, pasar mini, kedai runcit dan kilang di seluruh Melaka telah diperiksa dari Januari hingga semalam.
"Kita menasihatkan orang ramai agar memeriksa barang makanan sebelum dibeli daripada segi pelabelan, tarikh luput dan kualiti sesuatu makanan, seperti tidak berkulat, botol atau tin tidak kemek atau berkarat demi keselamatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 22 2020
Sebanyak 183 individu positif COVID-19 di Melaka sedang menjalani kuarantin di Hospital Melaka, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Penjara Sungai Udang dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Melaka (ILKKM) - Gambar hiasan
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
COVID-19: Kes masih terkawal, tidak perlu hingga tutup pintu sempadan - Dr Zaliha
Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara bagi mengekang penularan wabak itu.
Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta
Data KKM pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan.
COVID-19: 1,138 kes baharu, 8 kematian dicatat
16,521 kes aktif direkodkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 15,413 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 809 kes baharu, enam kematian dicatat
17,972 kes aktif direkodkan pada Isnin dan daripada jumlah itu 16,772 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian dicatat
22,505 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 20,889 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 2,375 kes baharu, 11 kematian dicatat
24,467 kes aktif dicatatkan pada Khamis dan daripada jumlah itu 22,637 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 2,465 kes baharu, lima kematian dicatat
Kes jangkitan semalam adalah 2,465 kes berbanding 2,022 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.