awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan

Bernama
Bernama
01/04/2023
01:50 MYT
187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Banjir di Nabawan, daerah yang terletak di pedalaman Sabah, kira-kira 195km ke arah selatan dari Kota Kinabalu, dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan bermula petang semalam. - Foto Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah
KOTA KINABALU: Sebanyak 187 orang daripada 51 keluarga dipindahkan akibat banjir yang melanda daerah Nabawan, pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu semua mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.
"Trend pemindahan mangsa banjir adalah kekal pada pagi ini. Banjir dipercayai akibat hujan lebat berterusan bermula petang semalam," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Nabawan ialah sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah terletak kira-kira 195 kilometer ke arah selatan dari Kota Kinabalu yang mengambil masa empat hingga lima jam perjalanan antaranya merentas Banjaran Crocker.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan memberitahu hanya satu jalan iaitu Jalan Pamuntarian-Kabu Baru di Nabawan tidak boleh dilalui akibat ditenggelami air dalam kejadian banjir dan tiada jalan alternatif boleh digunakan pengguna jalan raya buat masa ini.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia pada pukul 5 pagi tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan pantai barat negeri ini terutama Kota Belud dan Kudat hingga 9 pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Nabawan
#Hujan lebat berterusan
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan