awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 kambing rentung, empat kenderaan terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
02/06/2025
10:10 MYT
19 kambing rentung, empat kenderaan terbakar
Anggota bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah kandar penternakan di Kampung Jawa, pada Isnin. -Sinar Harian
BAYAN LEPAS: Sebanyak 19 ekor kambing terkorban dalam kebakaran membabitkan sebuah kandang penternakan di Kampung Jawa, di sini, pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Sebuah kandang penternakan kambing di Kampung Jawa terbakar pada Isnin sekitar jam 12.58 tengah hari, mengorbankan 19 ekor kambing dan memusnahkan hampir keseluruhan struktur kandang.
  • Kebakaran turut memusnahkan tiga buah kereta (Honda City, Honda Civic, Proton Wira) dan sebuah lori yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian, namun tiada mangsa cedera dilaporkan.
  • Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dalam masa kurang 10 minit dan memadam sepenuhnya menjelang jam 2 petang; punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 12.58 tengah hari itu turut memusnahkan tiga buah kereta dan sebuah lori yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kebakaran dari orang awam.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mendapati sebuah kandang ternakan kambing seluas anggaran 9.14 x 9.14 meter persegi sedang marak terbakar.
"Kebakaran dapat dikawal pada jam 1.07 petang dan berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 2 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
John Sagun berkata, kandang yang terbakar itu mengalami kemusnahan hampir 90 peratus dan hanya seekor kambing yang diternak berjaya diselamatkan.
Menurutnya, tiga kenderaan yang terjejas dalam kejadian itu melibatkan sebuah Honda City, Honda Civic, Proton Wira dan sebuah lori.
"Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran," tambahnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#kandang penternakan kambing
#Kampung Jawa
#kandang terbakar
#19 kambing rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan