MALAYSIA
1,923 mangsa banjir ditempatkan di 16 PPS di Kedah, Perlis

Kedah terus mencatatkan peningkatan jumlah penduduk terjejas dengan keseluruhannya melibatkan 1879 mangsa banjir daripada 565 keluarga.- Gambar FB APM Kedah
KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kedah dan Perlis mencatatkan seramai 1,923 orang daripada 581 keluarga, setakat jam 11.04 malam pada Khamis.
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 16 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua negeri berkenaan.
Kedah terus mencatatkan peningkatan jumlah penduduk terjejas dengan keseluruhannya melibatkan 1,879 mangsa banjir daripada 565 keluarga.
Terdapat 16 pusat pemindahan dibuka di kawasan terjejas termasuk Baling, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena.Sementara itu, hanya sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Perlis yang menempatkan 44 mangsa daripada 16 buah keluarga.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami