awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu

Bernama
Bernama
03/01/2025
12:39 MYT
196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu
Shariman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 3.25 pagi yang memaklumkan sekumpulan warga asing telah mendarat di kawasan pantai berkenaan. - Gambar fail/Maritim Malaysia
ALOR SETAR: Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 3.25 pagi yang memaklumkan sekumpulan warga asing telah mendarat di kawasan pantai berkenaan.
"Kereta peronda yang ke lokasi kemudiannya mengesahkan terdapat sekumpulan besar warga asing di lokasi itu bersama sebuah bot yang terdampar di tepi pantai.
"Susulan itu, 31 pegawai dan anggota polis telah ke lokasi untuk membuat penangkapan terhadap kesemua warga asing itu. Pecahan tangkapan melibatkan 68 lelaki, 57 wanita, 39 kanak-kanak perempuan dan 32 kanak-kanak lelaki," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kesemua warga asing etnik Rohingya itu dipercayai telah berlepas dengan bot dari Myanmar lebih kurang 10 hari lepas.
"Kesemua mereka telah dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Langkawi dan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Langkawi untuk proses dokumentasi. Saringan kesihatan juga telah dijalankan terhadap kesemua warga asing oleh Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi.
"Pasukan Polis Marin juga telah digerakkan untuk mengetatkan kawalan di Teluk Yu dan mengesan kemungkinan wujud baki bot yang menceroboh masuk kawasan perairan itu," katanya.
Shariman turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang pantas memberikan maklumat mengenai kemasukan warga asing itu dan berharap dapat terus bekerjasama pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#Kementerian Dalam Negeri
#warga asing
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan