awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

196 mangsa terjejas rumah roboh di Semporna - Polis

Bernama
Bernama
01/08/2024
21:50 MYT
196 mangsa terjejas rumah roboh di Semporna - Polis
Keadaan rumah setinggan di perkampungan atas air yang roboh dalam kejadian di Kampung Simunul, Semporna. - Foto Sinar Harian
SEMPORNA: Seramai 196 mangsa membabitkan 30 keluarga terjejas selepas rumah atas air yang didiami mereka di Kampung Simunul Lorong 3 di sini roboh pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata sebanyak 30 rumah roboh iaitu 28 buah membabitkan 190 mangsa tempatan manakala dua lagi didiami enam warga asing.
"Kejadian berlaku pada 10.15 pagi bermula dengan dua rumah roboh disusuli rumah lain ekoran struktur rumah yang dibina berdekatan dan bersambung antara satu sama lain," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian rumah roboh itu dipercayai berpunca daripada angin kuat dan ombak besar pada 8 Julai lepas yang menyebabkan struktur dua rumah menjadi condong.
Selain itu, Mohd Farhan berkata pihaknya turut menerima 33 laporan berhubung insiden rumah roboh dan kerugian dialami oleh mangsa untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Semporna
#warga asing
#rumah roboh
#angin kuat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan