KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 Jun untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan bagi menggantung pelaksanaan perintah pemulangan harta yang disita daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka dan beberapa individu lain.
Pada 8 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan barangan termasuk beg tangan pelbagai jenama, 27 kenderaan dan wang tunai pelbagai mata wang yang disita daripada mereka yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia.
Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Mengenai rayuan pendakwaan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu, Faten Hadni berkata ia di peringkat pengurusan kes kerana pihak pendakwaan masih menunggu rekod rayuan.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Catherine Nicholas.
Pendakwaan selaku pemohon memfailkan permohonan penangguhan itu pada 24 Nov lepas, dengan menamakan Najib, Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak Rosmah), anak mereka Nor Ashman Razak, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Goh Gaik Ewe, Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin sebagai responden pertama hingga kesembilan.
Pada 8 Nov 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak harta-harta itu kepada kerajaan dan permohonan penangguhan itu dibuat sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.
Dalam keputusan sama, Hakim Mohamed Zaini bagaimanapun membenarkan permohonan kerajaan untuk melucut hak aset daripada lapan responden lain kerana mereka tidak membantah permohonan tersebut iaitu Mohd Kyizzad Mesran, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd dan tiga bekas pegawai 1MDB yang telah melarikan diri, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun.
Jabatan Peguam Negara pada 8 Mei 2019, menfailkan permohonan pelucutan hak terhadap ratusan barangan, termasuk beg tangan pelbagai jenama dan 27 kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka termasuk Nooryana Najwa serta 13 individu dan syarikat dikatakan berkaitan 1MDB.
Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara membenarkan permohonan representasi Nooryana Najwa yang mahu barangan milik beliau antaranya beg tangan dan kasut dikembalikan.
Antara barangan dinyatakan dalam notis itu ialah beg tangan, kasut dan jam tangan pelbagai jenama serta wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas polis pada 17 Mei 2018 dan 11 Jun 2018 serta 27 kenderaan Nissan yang dirampas pada 2 Ogos 2018 dan sebidang tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun bank di Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd, dibeku antara 16 Ogos, 2018 dan 11 Mac 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
Jabatan Peguam Negara pada Mei 2019, menfailkan permohonan pelucutan hak terhadap ratusan barangan, termasuk beg tangan pelbagai jenama dan 27 kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, 3 anak mereka dan individu lain. - Gambar fail
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.
Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.