awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Bekas pegawai khas Najib dibebaskan

Bernama
Bernama
01/07/2018
03:15 MYT
1MDB: Bekas pegawai khas Najib dibebaskan
Bekas pegawai khas kepada Najib itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 25 Jun untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes berkaitan 1MDB. --fotoBERNAMA / Fail
Seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang direman bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Majistret Muhammad Bukhari Md Ruslan membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meminta lanjutan reman.
Mahkamah juga mengarahkan pasport antarabangsa miliknya diserahkan kepada SPRM dan perlu melapor diri di pejabat SPRM Putrajaya setiap bulan sehingga siasatan selesai.
Lelaki bergelar 'Datuk' itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula Isnin lepas bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Suspek berusia 42 tahun itu ditahan SPRM di pejabatnya kira-kira 9.45 malam Ahad lalu.
Menurut laporan, bekas pegawai khas itu ditahan SPRM bagi membantu siasatan memandangkan suspek merupakan pengarah syarikat yang dipercayai menerima wang transkasi 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun syarikatnya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau pernah berkhidmat di Bank Negara sebelum bekerja dengan Najib sejak 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Bebas
#bekas pembantu khas
#jamin
#mahkamah
#Najib Razak
#penjamin
#Putrajaya
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan